Assalamuaikum dan salam sejahtera.
Hari ini terdetik dihati aku untuk berkongsi tip untuk menghilangkan rasa sunyi yang menyelubungi dalam diri. Baiklah di bawah ini penerangannya, aku harap tip ini dapat membantu anda semua, termasuk saya. InsyaAllah
Bila bersendirian, hati sering dilanda sunyi dan sayu, bahkan tidak keruan jadinya. Sepi barangkali menghantui diri apabila terkenangkan seseorang yang pernah menghuni di hati.
Khusus untuk kekasih yang baru ditinggalkan atau yang masih membujang, kesepian itu sering mengundang perasaan bukan-bukan. Puas melakukan sesuatu diharap mampu melupakan hal menyakitkan, pedih yang masih bersisa di ulu hati dan 1001 gelodak di jiwa ada kalanya membuatkan diri hilang fokus dalam pelbagai perkara.
Jika anda masih sukar menepis rasa sepi, cuba anda kaji untuk melakukan perkara berikut:
# Maha Pencipta
kembalilah kepada Pencipta dan mohonlah petunjuk daripada-Nya supaya perkara lalu itu dapat mematangkan diri. Kita juga lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan kuat
ingatlah setiap kejadian yang Allah s.w.t cipta mesti bersebab dan ia dijadikan sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadap-Nya
# Perbaiki Diri
Jangan sesekali anda berubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih, tetapi apa yang wajar dilakukan adalah untuk memperbaiki diri daripada pelbagai aspek misalnya kerjaya dan kewangan serta bina keyakinan diri yang mantap demi masa depan lebih stabil.
Ketahuilah apabila anda sudah takluki semua perkara yang dinyatakan dengan keadaan yang baik, di situ juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai atau lelaki yang suka mengambil kesempatan ke atas diri anda. Awas!!
# Jumpa Kawan
Seperti kebanyakan lelaki atau wanita, apabila bercinta mereka akan meninggalkan kawan rapat. Bukan lupa, tetapi tidak cukup masa sebenarnya. Sekarang waktu paling sesuai untuk anda mengambil peluang ini menggamit kembali bebas ketika bersama mereka.
Sudah pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan mesra daripada mereka kerana mereka sudah lama tidak bersua muka dengan anda. Tidak percaya? Cubalah!
# Bersenam
Ketika bercinta, tengok wayang, membeli-belah, jalan-jalan, minum dan makan malam itu antara sebahagian besar yang memenuhi diari kehidupan lalu. Namun, ketahuilah perkara yang lepas mungkin tidak akan sama dengan perkara yang sedang anda alami ketika ini.
Apa kata anda lakukan senaman? Ketahuilah ini masanya anda membuang toksik dan lemak yang sudah lama terkumpul di dalam badan.
Aktiviti riadah juga memungkinkan anda berpeluang bertemu dengan wanita atau lelaki yang lebih baik.
# Kembali Nakal
Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Bagi orang dewasa yang sudah melupakan zaman kanak-kanak, kebiasaannya mereka tidak ceria dan tidak mempunyai nilai jenaka.
Sesetengah wanita pula tidak suka lelaki yang nakal kerana rasa dirinya tercabar. Sebab itu ramai lelaki biasanya cuba mengawal perasan mereka dan bersifat kaku seketika bersama teman wanita.
Apabila kembali solo, peluang untuk anda melakukan aktiviti sewaktu bujang atau ‘single’ boleh dilakukan. Bagi wanita, apabila keadan emosi sudah kembali stabil kembali, kebanyakan mereka suka membeli-belah.
# Terokai dunia baru
Elak daripada melakukan aktiviti yang tidak membuka minda. Sebaliknya, terokai dunia baru yang lebih mendamaikan dan bermakna.
# Sukarela
Untuk mengurangkan rasa bosan, kunjungi rumah anak yatim, orang tua atau pusat pemulihan untuk melakukan kerja sukarelawan.
# Pandang ke hadapan
Buang memori bekas pasangan atau kekasih anda jauh daripada fikiran. Berikan perhatian pada apa yang akan berlaku kemudian misalnya bersama bakal kekasih. Capai angan-angan dengan usaha gigih bersama keyakinan yang tinggi.
Good Luck!!